suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Katy Perry Enggan Dedah Hubungan Cinta Kekasih Baharu

Katy Perry dan DJ Diplo tidak mahu percintaan mereka menjadi bahan berita.

BINTANG pop Katy Perry mengambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan kisah cinta dengan kekasih barunya, DJ Diplo.

Menurut laporan portal Femalefirst, wanita itu menyifatkan dia lebih banyak membawa keburukan selepas pengalamannya menjalinkan hubungan dengan Russell Brand dan John Mayer.

"Diplo sudah menjadi sebahagian daripada hidup Katy tetapi mereka tidak mahu bercakap banyak tentang hubungan itu.

"Selepas Russell dan John, Katy tidak mahu pihak media mengejar berita tentang hubungan cintanya lagi," kata sumber.

Tambah sumber itu lagi, hubungan Katy dengan Diplo benar-benar serius apatah lagi penyanyi itu turut menerima anak kepada lelaki tersebut, Lazer yang berusia sebulan, hasil hubungan dengan bekas kekasih,  Kathryn Lockhart.

Katy Perry

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain