suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gwyneth Paltrow Bimbang Hilang Peluang Berlakon 'Iron Man'

Gwyneth memegang watak Pepper Potts dalam filem Iron Man.

SEJAK awal siri filem Iron Man, peranan Gwyneth Paltrow sebagai Pepper Potts belum pernah digantikan dengan mana-mana aktres lain.

Menurut laporan Digital Spy, bekas isteri Chris Martin itu berasa takut dengan pertambahan usianya, berkemungkinan besar watak tersebut akan dibawa oleh aktres yang lebih muda dan cantik daripadanya.

"Saya seronok membawakan watak itu dan akan terus berlakon filem berkenaan jika ditawarkan lagi. Tetapi mereka (penerbit) boleh menggantikan saya dengan aktres berusia 18 tahun dan lebih cantik.

"Maklumlah, usia saya semakin meningkat, mungkin mereka menganggap saya tidak lagi sesuai untuk melakonkan watak Pepper," katanya.

Pihak penerbit filem itu iaitu Marvel bagaimanapun masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai siri lanjutan Iron Man.

Bagaimanapun, Robert Downey Jr yang memegang watak Iron Man akan terlibat dengan filem The Avengers: Age Od Ultron. Filem tersebut turut menggabungkan watak Capten America: Civil War.

Gwyneth Paltrow

Artikel Lain