suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaika Aurora Belum Sedia Bergelar Pengarah

Malaika Aurora

PELAKON dan juga produser filem Bollywood, Malaika Aurora Khan mengakui masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pengarah.

Menurut laporan Newkerala, Malaika berkata, bidang pengarahan begitu berbeza dengan penerbitan yang lebih mudah untuk diuruskan.

"Seperti filem baharu terbitan saya iaitu Dolly Ki Doli, pengalaman sebagai penerbit begitu menyeronokkan.

"Tetapi jika ada pihak mahu saya mengarah, rasanya saya belum bersedia. Saya tidak mempunyai kesabaran yang tinggi dalam berkarya," katanya.

Malaika mula dikenali menerusi tariannya bagi lagu Chaiya Chaiya daripada filem Dil Se.

Malaika Aurora

Artikel Lain