suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicki Minaj Dedah Rahsia Nyaris Maut Gugurkan Kandungan

PENYANYI Nicki Minaj mendedahkan dia nyaris maut selepas cubaannya menggugurkan kandungan ketika di zaman remaja.

Menurut laporan Rolling Stone, keadaan itu masih lagi menghantui dirinya sehingga kini apatah lagi dia masih muda dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya pada waktu itu.

"Ingatkan saya dah nak mati apabila cuba menggugurkan sendiri kandungan. Ia adalah saat-saat yang amat berat dalam hidup yang pernah dilalui.

"Apatah lagi mental dan fizikal saya belum bersedia untuk mempunyai anak. Ia turut mempengaruhi kehidupan saya selepas itu" katanya.

Tambah pelantun lagu Anaconda ini, walaupun ia membuatkan dia merasakan menjadi seorang wanita yang tidak bertanggungjawab, namun dia percaya sesebuah pengalaman buruk boleh dijadikan pengajaran dalam meneruskan kehidupan pada masa akan datang.

"Ia membuatkan saya lebih matang dalam membuat sesebuah keputusan," ujarnya.

Nicki Minaj

Artikel Lain