suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yoona Artis Pertama Sertai Persatuan Kebajikan 2015

PENYANYI Yoona (Girls Generation) menjadi artis Korea Selatan pertama bagi tahun 2015 yang menyertai persatuan kebajikan Honor Society.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh presiden persatuan tersebut Lee Yeob Bae dengan berkata penyanyi itu sudah aktif memberi sumbangan kepada persatuan berkenaan sejak 2010.

"Yoona artis pertama yang memberi persetujuan untuk terlibat dengan persatuan kebajikan ini. Dia sudah terlibat sejak 2010 lagi dan menjadi contoh yang baik kepada masyarakat," ujarnya.

Sementara itu, Yoona memberitahu agak keberatan untuk mendedahkan perkara tersebut kepada umum dan diberi publisiti.

"Saya lebih suka aktiviti ini dibuat secara diam-diam tetapi bagus juga jika berita itu boleh mengajak lebih ramai artis lain dan masyarakat untuk turut menyumbang," katanya.

Selain Yoona, beberapa selebriti yang pernah melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan ialah Hyun Young, Soo Ae, Hyun Sook dan Kim Bo Sung.
Yoona

Artikel Berikut

Artikel Lain