suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah Tangga Gitaris 'Guns N' Roses' Dilanda Masalah Lagi

Slash dan Perla berpisah selepas 13 tahun berkahwin.

PADA tahun 2010, gitaris kumpulan Guns N' Roses iaitu Slash dan isterinya, Perla Ferrar pernah bercerai namun mereka kembali rujuk dan bernikah semula pada tahun 2011.

Bagaimanapun menurut laporan Dailymail, hubungan pasangan itu kembali bermasalah dan mereka dikhabarkan tidak lagi tinggal bersama.

Difahamkan, Perla telah ke Hawaii bersama dua anaknya iaitu London dan Anthony, meninggalkan Slash sendirian di California, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pasangan itu belum memfailkan perceraian di mahkamah.

Slash dan Perla bernikah pada Oktober 2001 di Hawaii. Sepanjang 13 tahun berumahtangga, hubungan pasangan itu sering dilanda pelbagai masalah.

Slash, Perla

Artikel Berikut

Artikel Lain