suria

Ailee Dituduh Buat Pebedahan Plastik

Ailee

MEMILIKI susuk tubuh dan wajah yang cantik seperti Ailee bukanlah satu perkara mudah kerana dia perlu berdepan dengan tuduhan terutamanya bagi golongan artis di Korea Selatan yang gemar melakukan pembedahan wajah.

Menurut laporan Allkpop, ketika mengunjungi sekolah perempuan Seongwipo di Pulau Jeju bersama Amber (f(x)), salah seorang pelajar bertanya mengapakah dia begitu cantik dan kemudian pelajar lain menyahut dan berkata 'dia menjalani pembedahan plastik'.

Tidak terkejut dengan jawapan itu, Ailee menafikan perkara tersebut dan meminta pelajar berkenaan datang kepadanya untuk melihat sama ada wajahnya itu asli atau tidak.

"Kalian ingin menyentuh wajah saya? Ia asli," katanya.

Pelajar-pelajar sekolah tersebut berasa kagum dan tidak sangka Ailee begitu terbuka membenarkan mereka menyentuh wajah penyanyi tersebut.

Ailee

Artikel Lain