suria

Filem Lakonan Aamir Khan, Sentuh Sensitiviti Beragama

Filem PK, lakonan Aamir Khan mendapat kritikan hebat daripada masyarakat India.

FILEM lakonan terbaharu Aamir Khan iaitu PK telah menimbulkan pelbagai kontroversi sejak ia ditayangkan 19 Disember lalu.

Terbaharu, salah satu kecaman yang diterima termasuklah daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) All India Muslim Personal Law Board (AIMPLB) yang menyifatkan filem tersebut terlalu sensitif apabila menyentuh isu beberapa agama di India.

"Filem tersebut terlalu sensitif sehingga boleh mencetuskan rasa tidak selesa kepada penganut beberapa agama di negara ini (India).

"Ia menunjukkan seolah-olah kebebasan beragama di negara ini telah merosakkan kepercayaan seseorang. Lebih baik babak tersebut dihapuskan," kata jurucakap AIMPLB, Maulana kepada portal Indian Express.

Selain itu, filem tersebut turut disifatkan telah menyakiti masyarakat majoriti yang beragama Hindu.
Bagaimanapun sehingga kini filem berkenaan masih lagi ditayangkan di negara tersebut.

PK
turut dibintangi aktres Anushka Sharma dan Sanjay Dutt. 

Aamir Khan, PK

Artikel Sebelum

Artikel Lain