Se7en Minta Maaf Kepada Peminat - Bintang Global | mStar

IKLAN

IKLAN

Se7en Minta Maaf Kepada Peminat

Se7en sebelum ini didakwa mendapat layanan istimewa sepanjang menjalani latihan tentera.

PENYANYI dan pelakon Se7en memohon maaf secara terbuka kepada para peminatnya ekoran laporan dia mendapat layanan istimewa ketika menjalani latihan ketenteraan.

Soompi melaporkan biarpun Se7en tidak memberi butiran lanjut tentang dakwaan berkenaan namun dia memberitahu tidak berniat untuk membuatkan kesemua peminatnya kecewa dengan laporan berkenaan.

"Saya minta maaf kerana telah mengecewakan anda semua selama saya menjalani latihan ketenteraan. Sepanjang berada di kem tentera saya sentiasa mengambil peluang memperbaiki diri.

"Syukur saya sudah selesai menjalani kesemua latihan dengan cemerlang," katanya.

Se7en bercakap demikian sejurus selepas selesai menjalani latihan selama 21 bulan di pusat latihan ketenteraan di Gyeonggi, Korea Selatan.

Dalam pada itu, Se7en turut memberitahu akan sedaya upaya mengembalikan kepercayaan peminat terhadapnya dan memberitahu akan meneruskan karier seninya selepas ini.

Se7en.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Julia Perez Jual Rumah Bayar Hutang

IKLAN

IKLAN

Lebih Artikel

Rafizi luah kecewa pada siapa?

Hadiah Krismas 'Jho Low' melucukan