suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Julia Perez Jual Rumah Bayar Hutang

AKTRES Indonesia Julia Perez memberitahu akan menjual sebuah lagi rumah miliknya di kawasan Raffles Hills, Cibubur, Jakarta Timur di Indonesia.

Bintang filem ini baharu sahaja menjual sebuah rumah yang sama yang terletak beberapa blok dari rumah yang ingin dijualnya.

"Rumah yang sebelum ini sudah dijual. Manakala yang ini masih dalam proses jualan. Sudah ada yang tawar menawar dan kalau harganya sesuai saya akan jualkannya," katanya.

Dalam pada itu, Julia juga mengaku hasil penjualan rumah tersebut akan digunakan untuk membayar hutang-hutangnya.

"Tidak semua hasil yang saya jual ini untuk bayaran rawatan perubatan. Saya akan menggunakan wang penjualan ini untuk membayar hutang yang saya pinjam. Sekarang sudah tidak bekerja seperti dahulu sehingga terpaksa membuat pinjaman kepada orang," katanya.
Julia Perez

Artikel Sebelum

Artikel Lain