Taylor Swift Pecah Rekod Carta Billboard - Bintang Global | mStar

Taylor Swift Pecah Rekod Carta Billboard

Taylor Swift

PASARAN muzik dunia dipenuhi dengan persaingan panas sejak akhir-akhir ini.

Menurut laporan Aceshowbiz, selepas album Nicky Minaj iaitu The Pink Print berada di kedudukan pertama carta Billboard minggu lalu, nampaknya penyanyi itu terpaksa akur apabila Taylor Swift mengambil tempatnya dengan penjualan album terbaharunya iaitu 1989 yang menduduki carta tertinggi.

1989 minggu lalu berada pada tangga kedua apabila penualan albumnya dijual sebanyak 375 ribu keping dalam tempoh masa seminggu walaupun mendapat kritikan hebat kerana perubahan muzik pada album tersebut.


Bagaimanapun, peningkatan jualan album setiap hari membuatkan Taylor mengalahkan Nicky untuk berada di tempat pertama.

Sejak dipasarkan pada Oktober lalu, 1989 sudah terjual sebanyak 3.34 juta keping.

Album berkonsep pop itu turut mengalahkan rekod penjualan album terbanyak tahun 2014 yang dipegang Frozen (2013) yang meraih jualan 3.46 juta keping dalam tempoh setahun.



Berikut adalah carta jualan album (dalam tempoh masa seminggu) mengikut kedudukan masing-masing:


1. 1989 - Taylor Swift (375,000)

2. THE PINKPRINT - Nicki Minaj (244,000)

3. That's Christmas to Me - Pentatonix (203,000)

4. 2014 FOREST HILLS DRIVE - J. Cole (135,000)

5. BLACK MESSIAH - D'Angelo (117,000)

6. In the Lonely Hour - Sam Smith (102,000)

7. FOUR - One Direction (101,000)

8. X - Ed Sheeran (100,000)

9. MAN AGAINST MACHINE - Garth Brooks (81,000)

10. Rock or Bust - AC/DC (76,000)
Carta Billboard , Taylor Swift

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel