suria

Clint Eastwood Cerai Pada usia 84 Tahun

Rumah tangga pasangan Clint dan Dina Eastwood akhirnya berkecai selepas 18 tahun hidup bersama.

PELAKON terkenal Hollywood, Clint Eastwood bergelar duda pada usia 84 tahun selepas proses perceraiannya dengan Dina Eastwood selesai dua hari sebelum sambutan Hari Krismas.

Daily Mail melaporkan Clint dan Dina akhirnya mencapai kata sepakat berhubung beberapa isu termasuk hak penjagaan anak mereka Morgan yang berusia 18 tahun.

Pasangan berkenaan mengumumkan perpisahan hampir setahun lalu namun proses perceraian mereka menghadapi pelbagai masalah berhubung pertikaian tentang harta dan hak penjagaan anak mereka.

Dina dilaporkan tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan yang ditawarkan oleh Clint sehingga menyebabkan proses itu tergendala.

Pasangan tersebut berkahwin selama 18 tahun dan tuntutan perceraian dibuat oleh Dina di mahkamah.

Clint Eastwood, Dina Eastwood.

Artikel Lain