suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miranda Ker Terima Hadiah Berlian Daripada Jutawan

MODEL terkenal Miranda Ker dikhabarkan menerima anting-anting berlian bernilai ratusan ribu ringgit daripada seorang lelaki berstatus jutawan bernama James Packer.

Bekas model pakaian dalam Victoria Secret itu menerima hadiah tersebut sempena perayaan Krismas yang bakal tiba pada 25 Disember ini.

Perkara tersebut diberitahu oleh satu sumber dalam satu wawancara Woman's Day.

"Dia (James) membeli perhiasan itu untuk Miranda sejak empat bulan lalu," ujarnya.

Bagaimanapun, sehingga saat ini, model tersebut masih belum memberi sebarang kenyataan tentang hubungannya dengan jutawan tersebut.

Sebelum ini, Miranda memberitahu dia masih solo dan tidak memiliki hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki.

Tambahnya, buat masa ini dia lebih tenang dikelilingi teman-teman rapat berbanding pasangan.
Mirandar Ker

Artikel Lain