suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nicki Minaj Tempelak Bekas Kekasih Perangai Jahat

PENYANYI rap popular Nicki Minaj menempelak bekas teman lelakinya menerusi Twitter iaitu Safaree Samuels dengan menyifatkan pemuda itu sebagai manusia yang jahat dan tidak pandai berterima kasih.

Wanita berusia 32 tahun itu menulis; Segala-galanya anda tidak pernah menghargai saya. Tuhan melihat manusia jahat seperti kamu. Saya ini memberi… memberi dan memberi. (Anda) Mengancam saya? Mengugut saya?

Minaj turut meminta bekas teman lelakinya itu agar membiarkan dia gembira tanpa gangguan.

Malah dia turut mendedahkan tidak ada manusia yang akan setia berkawan dengan orang seperti bekas teman lelakinya itu.

Katanya, selama ini tidak ada sesiapa pun tahu perangai buruk pemuda itu yang mana kesakitan akibat perbuatan itu sudah sekian lama disimpannya dalam hati. 

Nicki Minaj

Artikel Berikut

Artikel Lain