suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bini (Nine Muses) Pilih Pemain Bola Sepak Sebagai Suami

Bini dan Kyu Ro melangsungkan perkahwinan pada 21 Disember lalu di Seoul, Korea.
ANGGOTA kumpulan Nine Muses iaitu Bini menamatkan zaman solonya dengan pemain bola sepak pasukan Jeonbuk Hyundai Motors, Lee Kyu Ro pada 21 Disember lalu.

Soompi melaporkan Bini atau nama sebenarnya Lee Hye Bin berkenalan dengan suaminya dua tahun lalu dan menerima lelaki itu kerana menyenangi sikapnya yang memahami dan romantik.

Majlis perkahwinan pasangan itu diadakan di Fradia Wedding Hall, Seoul dalam suasana sederhana namun cukup meriah dengan kehadiran keluarga dan teman rapat pasangan itu.

"Dia sangat romantik dan baik kepada saya. Sepanjang dua tahun menjalinkan hubungan cinta Kyu Ro sentiasa memahami kerjaya saya selain sentiasa berada di sisi saya ketika diperlukan.

"Sikapnya itu membuatkan saya yakin dia akan menjadi suami terbaik," katanya.

Dalam pada itu, Kyu Ro mula melibatkan diri sebagai pemain bola sepak profesional pada 2007 apabila dia menjadi pemain simpanan untuk pasukan Jeonnam Dragons.

Sepanjang lapan tahun kariernya, Kyu Ro pernah menyertai pertandingan K-League sebagai pemain tengah dan pencapaian terbaiknya menjaringkan lapan gol dalam satu musim.
Bini, Nine Muses.

Artikel Berikut

Artikel Lain