suria

Jessica Jung Terkejut Dituduh Mengandung

Jessica Jung, bekas anggota Girl's Generation.
BEKAS anggota kumpulan Girls’s Generation iaitu Jessica Jung menafikan khabar angin kononnya dia membuat keputusan untuk tinggal bersama tunangnya iaitu Tyler Kwon di Hong Kong.

Malah wanita itu turut terkejut apabila timbul gosip kononnya dia sedang mengandung selepas ada pihak melihatnya membeli barangan kelengkapan bayi di kota raya itu.

"Saya masih tinggal bersama keluarga saya di Korea. Mengenai barangan bayi itu, saya mengaku membelinya tetapi ia adalah hadiah untuk rakan saya,” ujarnya menepis gosip berkenaan.

Jessica kini sibuk dengan lebel pakaian terbaharunya iaitu Blanc & Eclare.
Jessica Jung, Kpop

Artikel Berikut

Artikel Lain