suria

Peserta K-Pop Star 4 Dituduh Kaki Buli

So Hyun dituduh sebagai kaki buli semasa zaman sekolahnya.

PESERTA program realiti K-Pop Star musim keempat iaitu Nam So Hyun dituduh sebagai pembuli semasa zaman persekolahannya dan menjadikan pelajar baharu sebagai mangsa.

Seorang remaja mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan tersebut dan mendedahkan So Hyun, 18, gemar memeras ugut wang dan menggunakan kata-kata kesat terhadap mangsanya.

"So Hyun sering membuli pelajar baharu dengan meminta wang selain memaksa kami menjual baju terpakainya dan sekiranya gagal berbuat demikian kami perlu membayar kepadanya," kata mangsa itu tadi.

Remaja tersebut memberitahu dia mendedahkan mengenai sikap sebenar So Hyun kerana berasa marah dengan sikap berpura-pura yang ditampilkan dalam program K-Pop Star.

"Dia bersikap talam dua muka dengan imej naif dan manis yang ditampilkan dalam program tersebut. Itu bukan dirinya yang sebenar," katanya lagi.

Tuduhan tersebut telah menyebabkan pelbagai perdebatan dikalangan peminat program itu dan ada yang meminta supaya So Hyun disingkirkan daripada terus bertanding sekiranya dakwaan tersebut benar.

Bagaimanapun guru So Hyun tampil memberikan kenyataan bahawa So Hyun bukan seperti digambarkan dan memberitahu remaja itu adalah pelajar contoh di sekolah.

Nam So Hyun, K-Pop Star.

Artikel Lain