suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kim Kardashian Paling Ramai Pengikut Di Instagram

BINTANG realiti Kim Kardashian mencipta rekod apabila menjadi selebriti paling ramai pengikut di laman sosial Instagram mengalahkan penyanyi Justin Bieber.

Daily Mail melaporkan Kim menyandang gelaran tersebut dengan jumlah pengikut sebanyak 22.2 juta selepas pengurusan Instagram melakukan pembersihan akaun palsu baru-baru ini.

Justin yang mempunyai 23.8 juta pengikut sebelum ini turun kepada 20.3 juta dan 3.5 juta pengikutnya adalah akaun palsu dan telah dilupuskan.

Sementara itu di tangga kedua disandang oleh penyanyi Beyonce dengan 21.4 juta pengikut dan kehilangan 886,000 pengikut.

Antara selebriti lain yang menerima kesan terhadap pembersihan akaun palsu tersebut adalah Akon, Tyga, Ariana Grande, Rihanna dan Selena Gomez.

Kim Kardashian, Justin Bieber.

Artikel Berikut

Artikel Lain