suria

Dua Artis Wanita Bakal Dipenjara Ugut Aktor Lee Byung Heon

Lee Byung Heon (tengah) terlibat dalam skandal dengan Ji Yeon dan Dahee sehingga menimbulkan kekecohan.

DUA artis wanita terkenal Korea Selatan iaitu Lee Ji Yeon dan Dahee berkemungkinan berhadapan hukuman penjara selama tiga tahun selepas mengakui bersalah atas tuduhan memeras ugut aktor Lee Byung Heon pertengahan tahun lalu.

Soompi melaporkan kedua-dua aktres itu mengaku kepada mahkamah, mereka bersekongkol untuk mengugut Byung Heon dengan mendakwa telah menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki itu selama tiga bulan.

Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan hukuman sebenar yang bakal dikenakan kepada kedua-dua selebriti wanita itu.

Terdahulu Ji Yeon dan Dahee mendedahkan menjalinkan hubungan sulit dengan aktor itu sehingga isu berkenaan kecoh dikalangan peminat.

Malah isteri Byung Heon iaitu Lee Min Jung nekad meninggalkan suaminya itu ekoran pendedahan skandal berkenaan.

Aktor itu bagaimanapun mengaku bersikap curang terhadap isterinya sebelum mendakwa diperas ugut oleh kedua-dua wanita berkenaan sehingga ia menjadi kes polis.

Ji Yeon, Dahee, Lee Byung Heon.

Artikel Lain