suria

Beyonce Artis Paling Tinggi Carian Di Google

Beyonce artis wanita carian paling tinggi di Google.

EKORAN beberapa kontroversi melibatkan Beyonce sepanjang 2014 nama penyanyi itu tersenarai sebagai artis paling banyak menerima carian di Google pada tahun 2014 di Britian.

Daily Mail melaporkan carian paling popular untuk Beyonce berhubung gosip perceraiannya dengan dengan Jay-Z yang hebat diperkatakan sebelum ini.

Beyonce turut menjadi perhatian apabila video adiknya, Solange memukul Jay-Z tersebar dan peminat membuat cari untuk mengetahui kisah tersebut lebih lanjut.

Selain Beyonce, artis wanita lain yang turut menjadi perhatian di Google adalah Katy Perry, Ariana Grande dan Taylor Swift.

Dalam pada itu, pasangan David dan Victoria Beckham pula tersenarai sebagai pasangan selebriti paling banyak carian di Google manakala penyanyi Ed Shareen, Harry Styles dan One Direction turut tersenarai dalam lima teratas.

Beyonce, Google.

Artikel Lain