suria

Lee Joon & Thunder Sah Tinggalkan MBLAQ

Lee Joon dan Thunder akhirnya mengambil keputusan meninggalkan kumpulan MBLAQ.

DUA anggota MBLAQ iaitu Lee Joon dan Thunder sah meninggalkan kumpulan itu selepas tidak memperbaharui kontrak bersama syarikat rakaman mereka J Tune Camp.

Allkpop melaporkan keputusan muktamad itu dimaklumkan oleh peguam yang dilantik kedua-dua lelaki itu dalam satu sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Pihak peguam memberitahu Lee Joon akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon manakala Thunder mahu melanjutkan pengajian dalam bidang muzik.

Dalam pada itu, pengunduran dua ahli MBLAQ tidak menyebabkan aktiviti kumpulan itu tergendala biarpun pihak syarikat rakaman masih belum membuat keputusan sama ada ingin mencari pengganti Lee Joon dan Thunder atau pun mengekalkan ahli sedia ada.

"Buat masa ini MBLAQ akan berjalan seperti biasa dan sama ada akan ada pengganti ahli atau pun tidak ia akan diberitahu kemudian," kata wakil syarikat J Tune Comp.

Lee Joon, Thunder, MBLAQ.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain