suria

Kendall Jenner Kalahkan Teman Baik Di Pentas Peragaan

SATU ketika dahulu nama Cara Delevingne dikenali sebagai salah seorang model paling popular di Hollywood, begitu juga sahabat baiknya Kendall Jenner.

Namun, kini nama Kendall Jenner dilihat sudah mengatasi nama teman baiknya itu apabila menduduki senarai teratas Model Terpopular 2014 menerusi Tumblr.

Bukan itu sahaja, Kendall menerima penghargaan luar biasa apabila mengalahkan model Kate Moss dan Miranda Kerr yang ternyata berada jauh dibawahnya.

Di laman Tumblr, nama Kendall merupakan model yang paling dicari di laman sosial.

Kandell juga dikhabarkan bakal menggantikan Cara sebagai duta pelbagai pakaian jenama ternama di dunia.

Manakala Cara memberitahu dia bakal memberi tumpuan terhadap bidang lakonan dan muzik untuk tahun depan.

Kandell Jenner

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain