suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jung Eun Woo Ubati Kekecewaan Park Han Byul

Gambar Han Byul dan Eun Woo berjaya dirakamkan oleh paparazi.

GANDINGAN bersama aktor Jung Eun Woo menerusi drama bersiri Well Brought Up Daughter Hana telah membuka lembaran baharu buat aktres Park Han Byul yang baharu sahaja menamatkan hubungan selama 12 tahun dengan Se7en.

Allkpop melaporkan, Eun Woo berjaya merawat kesedihan wanita berkenaan apabila dia sering menjadi tempat mengadu masalah yang dihadapi aktres itu berhubung perpisahannya dengan Se7en.

Hubungan rapat tersebut yang bermula sebagai kawan kini bertukar menjadi cinta dan pasangan itu baru-baru ini mengesahkan perkara tersebut.

"Eun Woo berjaya merawat luka Han Byul yang kecewa akibat perpisahan dengan bekas teman lelakinya sebelum ini.

"Malah mereka sendiri tidak menyangka akan berputik rasa cinta dan ia terjadi secara semula jadi," kata wakil syarikat pengurusan Han Byul.

Bagiamanapun hubungan tersebut masih diperingkat baharu dan mereka meminta agar diberikan ruang dan tidak membuat pelbagai kesimpulan.

Park Han Byul, Jung Eun Woo.

Artikel Lain