suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mila Kunis & Ashton Kutcher Berhasrat Kahwin

Mila dan Ashton semakin bahagia sejah kelahiran anak sulung mereka, Wyatt.

KELAHIRAN anak sulung Mila Kunis dan Ashton Kutcher iaitu Wyatt Isabelle Kutcher membuatkan pasangan itu ingin melangkah ke hubungan yang lebih serius iaitu sebuah perkahwinan.

Menurut laporan eOnline, pasangan tersebut kini sedang merancang tarikh sesuai bagi mengadakan majlis pernikahan mereka.

"Pasangan itu dilihat lebih bahagia sejak kehadiran Wyatt. Perkara itu membuatkan mereka sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga," kata sumber.

Bagaimanapun sehingga saat ini, baik di pihak Mila mahupun Ashton belum  memberikan sebarang kenyataan berhubung berita itu.

Terdahulu, pasangan itu mengakui enggan terburu-buru untuk berkahwin selepas kelahiran Wyatt kerana risau sekiranya ia menjejaskan perhubungan cinta mereka.

Mila Kunis, Ashton Kutcher

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain