suria

Lee Min Ho Sambut Tahun Baru Dengan Peminat Di China

Min Ho bakal bersama peminat di China pada sambutan tahun baru 2015.

PELAKON dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Min Ho bakal menyambut kedatangan tahun baharu bersama peminatnya di Shanghai, China dalam sebuah acara terbesar di negara itu iaitu Kua Nian.

Soompi melaporkan acara itu adalah paling dinantikan oleh seluruh masyarakat di China yang menampilkan barisan artis terkenal tempatan dan antarabangsa bagi mengadakan persembahan.

"Populariti Min Ho di China cukup luar biasa dan penampilannya di acara tersebut adalah bagi menghargai peminat di negara itu," kata wakil syarikat pengurusan artis itu.

Selain membuat penampilan istimewa, Min Ho dijangka akan menyampaikan beberapa buah lagu khas buat peminatnya.

Lee Min Ho.

Artikel Lain