suria

Isteri Cemburu Shin Dong Yup Bergambar Dengan Lee Min Ho

PENGACARA terkenal Shin Dong Yup memberitahu tindakannya mengambil gambar bersama pelakon pujaan ramai Lee Min Ho dicemburui oleh isterinya Sun Hye Yoon.

Menurut Shin Dong Yup, isterinya merupakan peminat tegar pelakon tersebut dan dia sudah lama berhajat bertemu dengan lelaki itu.

"Baru-baru ini saya diundang ke sebuah majlis hiburan yang mana seharusnya isteri saya ingin pergi juga. Namun saya fikir tidak perlu dia bersama.

"Jadi saya pergi sendiri dan ketika itu bertemu dengan Lee Min Ho dan kami bergambar bersama," katanya.

Tambahnya, tindakan tersebut membuatkan dia dimarahi oleh isterinya yang memang berhajat untuk menemui pemuda berkenaan.

"Dia marah sangat kerana saya dapat bergambar dengan Lee Min Ho. Dia merasakan kalau dia mengikuti saya ke majlis berkenaan bersama, tentu sekali dia dapat bertemu pelakon itu," ujarnya.

Artikel Lain