suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jessica Jumpa Peminat Selepas Tinggalkan Girls Generation

Jessica bakal bertemu peminat pada bulan hadapan.

BEKAS anggota Girls Generation iaitu Jessica bakal bertemu dengan peminatnya pada sebuah majlis pelancaran butik Lapalette di Myeongdong, Seoul pada 6 Disember ini.

Soompi melaporkan kemunculan Jessica itu adalah kali kedua selepas dia membuat keputusan mengejut meninggalkan kumpulan itu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan peminat.

Penampilan Jessica pada majlis itu nanti adalah bukti dia masih mempunyai peminat yang ramai biarpun tanpa sokongan teman lain dalam Girls Generation.

Adik penyanyi itu, Krystal daripada kumpulan f(x) turut terlibat dalam acara sama sebagai model memperagakan koleksi terbaharu butik berkenaan.

Jessica kini lebih banyak menghabiskan masa di China berbanding Korea dan dia dilaporkan sedang mempersiapkan diri untuk mengembangkan kembali karier nyanyiannya.

Jessica, Girls Generation.

Artikel Lain