suria

Anak Tom Hanks Dedah Di Instagram Terjebak Dengan Dadah

Chet bersama bapanya, Tom Hanks.

ANAK kepada aktor Tom Hanks iaitu Chet, 24, membuat pengumuman menerusi sebuah video di akaun Instagram miliknya bahawa dia pernah dimasukkan ke pusat pemulihan kerana terjebak dengan gejala penagihan dadah.

Menurut laporan Dailymail, Chet bagaimanapun sudah kembali bersih daripada benda terlarang itu termasuklah alkohol.

"Saya ada pengumuman! Sebuah majalah melaporkan saya berada di pusat pemulihan dadah kerana pengambilan kokain, hal ini memang benar.

"Tetapi selepas 50 hari, saya bersih daripada semua itu termasuklah alkohol. Saya tidak peduli dengan apa yang orang cakap," katanya dalam rakaman video tersebut.

Bagaimanapun Chet turut membuat ucapan terima kasih kepada keluarga dan peminat-peminatnya yang sentiasa memberi sokongan sepanjang tempoh melawan ketagihan dadah.

Chet Hanks, Tom Hanks

Artikel Lain