suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angelina Jolie Semakin Rajin Ke Dapur

Angelina Jolie semakin rajin memasak sejak berkahwin.
PELAKON terkenal Angelina Jolie semakin rajin ke dapur bagi menyediakan hidangan untuk suami dan enam anak mereka sejak sah berkahwin dengan Brad Pitt pada Ogos lalu.

Angelina ketika ditemu bual dalam programToday Show menjelaskan biarpun sebelum ini tidak begitu mahir memasak namun dia tidak kekok untuk masuk ke dapur dan mempelajari masakan baharu setiap hari.

"Sejak berkahwin saya sering terfikir bahawa saya perlu menjalankan tugas sebagai isteri iaitu dengan memasak untuk suami dan anak-anak.

"Brad tahu sejauh mana kebolehan saya memasak tetapi dia sering memberi pujian terhadap hidangan yang saya buat," ujarnya.

Tambah Angelina, dengan masakan dia percaya ia dapat menambat hati suaminya serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Dalam pada itu, Angelina memberitahu kehidupannya kini sudah jauh berubah dan mengakui bahagia di samping Brad dan anak-anak.
Angelina Jolie, Brad Pitt.

Artikel Lain