suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jessica Semakin Aktif Dalam Dunia Fesyen

Jessica Jung

BEKAS ahli kumpulan SNSD, Jessica Jung nampaknya semakin aktif di dalam dunia fesyen.

Menurut laporan portal Soompi, selepas mempromosikan label baharu miliknya iaitu Blanc & Eclare di Tiongkok, China, bulan lalu, kini dia kembali ke Korea Selatan untuk merasmikan pula majlis pembukaan kedai baharu jenama terkenal, Fendi pada Rabu (hari ini).

"Kehadiran Jessica pada majlis itu merupakan penampilan pertamanya secara umum selepas keluar daripada SNSD.

"Ia membuatkan pihak media serta peminat-peminat pasti akan memenuhi sekitar majlis tersebut," kata sumber.

Selain itu, acara tersebut turut akan dihadiri pelakon Song Ji Hyo.

Difahamkan ramai pihak media ingin mendapatkan kenyataannya berhubung kehidupan dia sekarang. Malah Jessica dikatakan bakal melancarkan butik miliknya di beberapa lokasi di Korea.

Jessica

Artikel Lain