suria

Artis Kpop Ambil Ujian Kemasukan Ke Universiti

Zelo antara penyanyi Kpop yang bakal menduduki ujian pengambilan kemasukan ke universiti minggu hadapan.

ARTIS remaja Kpop di Korea Selatan tidak melepaskan peluang untuk mengambil ujian kemasukkan ke universiti di negara itu biarpun masing-masing sibuk dengan karier sebagai penyanyi dan pelakon.

Herald Korea
melaporkan artis seperti Oh Ha Young (A Pink), Zelo (B.A.P) dan Young Jae (GOT7) dilaporkan bakal menduduki peperiksaan tersebut pada Khamis depan.

Ujian kemasukan itu hanya diadakan setahun sekali untuk pengambilan bagi musim panas tahun hadapan.

"Kebanyakan artis remaja masih memikirkan masa hadapan dan mahu menyambung pengajian di peringkat universiti dan sebab itu mereka mengambil peperiksaan tersebut," kata wakil syarikat pengurusan artis berkenaan.

Bagaimanapun bukan semua yang mengambil peperiksaan tersebut ingin terus menyambung pengajian mereka kerana mahu memberi fokus kepada karier terlebih dahulu.

"Zelo akan menduduki ujian itu tetapi tidak berhasrat menyambung pelajaran buat masa ini. Mungkin dalam dua ke tiga tahun lagi," ujarnya lagi.

Sementara itu, ada juga syarikat pengurusan yang enggan mendedahkan nama artis mereka yang bakal menduduki ujian berkenaan kerana bimbang mendapat perhatian peminat.

Zelo, Young Jae.

Artikel Lain