suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berat Debra Messing Turun 9 Kilogram

Debra mula menyedari pemakanan sihat banyak membantunya menjadi seorang yang lebih positif.

AKTRES Debra Messing dilihat begitu berbeza dan lebih langsing sejak akhir-akihr ini. Rupa-rupanya wanita itu sudah berjaya menurunkan berat badannya sehingga sembilan kilogram.

Menurut laporan E! Online, pelakon berusia 45 tahun ini mengakui telah mengubah gaya pemakanannya agar menjadi lebih sihat dan bangga dengan bentuk tubuh badannya sekarang.

Debra berjaya menurunkan sembilan kilogram.

 “Saya berjaya menurunkan sembilan kilogram berat badan. Tetapi itu bukan tujuan saya dalam melakukan perubahan ini.

“Saya berubah kerana mudah cepat penat. Dahulu saya hanya memikirkan masalah susahnya jadi ibu tunggal, tetapi kini saya lebih positif dengan diri,” katanya.

Debra berkata, dia memulakan harinya dengan segelas jus buah yang dicampur dengan sayuran seperti bayam, timun dan kubis.

Debra Messing

Artikel Lain