suria

Camila Dedah Kisah Didekati Matthew

Matthew dan Camila mengikat tali pertunangan pada tahun 2011.
TIDAK kenal maka tidak sayang, mungkin itu ungkapan yang tepat untuk mewakili kisah Matthew dan Camila.

Pada awalnya model kelahiran Brazil itu sama sekali tidak tahu bahawa lelaki yang cuba mendekatinya merupakan seorang aktor terkenal di Hollywood.

Pertama kali bertemu di sebuah bar di Los Angeles pada 2006, ketika itu Matthew yang berjanggut tebal cuba mendekati wanita itu.

"Kami bertemu di Hyde. Kami melakukan dua kali interaksi ketika duduk di bar. Kali pertama saya tidak tahu dia adalah Matthew. Ketika itu dia berjanggut panjang dan memakai topi rasta.

Keseluruhan wajahnya tertutup dan saya benar-benar tidak menyedari siapa dia," kata Camila dalam satu temuramah.

Model berusia 32 tahun itu menyedari identiti Matthew ketika Lance Amstrong berbual dengan Camila.

"Lance datang dan berbual dengan saya. Ketika itu baru saya sedar dia adalah seorang pelakon terkenal," katanya.

Pendekatan Matthew itu dikatakan berhasil mendekati Camila sehingga mereka mengambil keputusna untuk bertunang pada 2011.

Awalnya, Camila mengakui agak ragu dengan lamaran pelakon tersebut.

Camila, Matthew, Hollywood

Artikel Sebelum

Artikel Lain