suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Meryl Streep Pernah Hilang Keyakinan

Meryl Streep masih bersikap rendah diri walaupun mendapat kejayaan besar dalam kerjaya lakonannya.

PELAKON Meryl Streep mendedahkan sebelum ini dia pernah berasa rendah diri dengan kebolehannya dan tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang aktres popular.

Menurut laporan Dailymail, pengakuan itu dibuat ketika aktres berusia 64 tahun itu berpidato di hadapan 3,200 pelajar Universiti Indiana.

“Saya fikir, saya sama seperti gadis lain yang hanya mahu memakai baju ala puteri dan kemudian berharap akan ada yang memerhatikan saya. Tetapi saya tidak ada keyakinan diri.

“Malah, sehingga kini saya masih pelik dengan kerjaya saya sebagai pelakon. Bagaimanapun, buat semua gadis di luar sana, jangan risau dengan malasah remeh seperti berat badan kamu kerana percayalah masih ada banyak lagi perkara yang perlu kamu risau tentang kehidupan yang bakal kamu lalui,” ujarnya.

Tambah Meryl, dia percaya kejayaannya sebagai pelakon berpunca daripada zaman mudanya dahulu yang sentiasa berusaha dalam melakukan sesuatu perkara.

Meryl Streep

Artikel Berikut

Artikel Lain