suria

Ahli Kumpulan One Direction Sapu Tahi Burung Di Muka

Harry Styles
AHLI kumpulan One Direction iaitu Harry Styles meletakkan najis burung pada wajahnya ketika menghadiri kursus rawatan intensif yang dikenali sebagai rawatan Geisha.

Harry melakukan perkara itu sebagai langkah terdesak untuk menghapuskan jerawat pada muka sebelum siri penjelajahan konsert bersama kumpulannya.

Sumber memberitahu akhbar Daily Star, Harry melakukan rawatan itu pada setiap hari kerana menderita dengan masalah kulit mukanya sejak sekian lama.

Kata sumber itu, Harry mendengar satu kaedah rawatan pelik untuk memulihkan kulit muka iaitu menggunakan serbuk yang mempunyai campuran air, beras dan juga najis daripada burung Bulbul.

Walaupun kaedah itu mendatangkan bau yang kurang menyenangkan namun penyanyi itu mahu melihat kesan yang positif terhadap mukanya dengan segera.

Sumber berkata, Harry benar-benar gembira dengan rawatan ‘tahi burung’ itu kerana dia melihat wajahnya semakin berseri dan bercahaya.
One Direction, Harry Styles

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain