suria

Lagu Baru 2NE1 Peroleh 10 Juta Tontonan Di YouTube

2NE1 masih membuktikan mereka masih menjadi perhatian dunia apabila klip video 'Come Back Home' berjaya mendapat tontonan tinggi di Youtube.

KUMPULAN popular Korea iaitu  2NE1 membuktikan bahawa mereka adalah salah satu idola K-Pop wanita berpengaruh.

Hal itu terbukti apabila klip video lagu terbaharu mereka, Come Back Home berjaya mendapat lebih 10 juta tontotan di laman YouTube.

Menurut laporan AllKPop, Come Back Home sudah lama dilancarkan iaitu pada 3 Mac lalu, namun baru kini klip video lagu tersebut diperkenalkan.

Klip video di bawah agensi YG Entertainment itu berjaya mendapat jumlah tontonan besar dalam tempoh masa yang singkat iaitu hanya satu setengah bulan sahaja.

Hal ini membuatkan lagu tersebut menjadi klip video K-Pop kedua yang mencapai tontonan tertinggi pada tahun 2014. Klip video lagu Mr. Mr  nyanyian Girls Generation masih lagi mendapat tempat pertama di YouTube dengan jumlah 19 juta tontonan.

2NE1, K-Pop

Artikel Lain