suria

1.10 Petang:Jualan Alibaba 11.11 Cecah AS$18.21 Bilion

Jack Ma bersama pelakon kelahiran Australia, Nicole Kidman pada pertunjukan sempena jualan 11.11 di Shanghai, Sabtu.

SHANGHAI: Festival Membeli Belah Global Alibaba 11.11 2017 mencecah RMB120.71 bilion (AS$18.21 bilion) dalam Jumlah Dagangan Kasar (GMV) melalui Alipay sehingga 1.10 petang waktu tempatan (sama seperti Malaysia), Sabtu.

Kumpulan mengumumkan angka tersebut telah mengatasi GMV 2016 yang merekodkan sebanyak RMB120.7 bilion (AS$17.8 bilion).

Acara membeli-belah dalam talian yang berlangsung selama 24 jam itu  digelar "Singles Day", yang bermula pada 12 tengah malam Sabtu, ia telah mencipta rekod baharu dunia selepas menyaksikan sebanyak 256,000 transaksi bayaran yang diproses dalam sesaat, mewakili pertumbuhan dari tahun ke tahun sebanyak 101 peratus, selepasberjalan selama lima minit dan 22 saat.

Pada tahun lepas, ia merekodkan 175,000 proses transaksi pada setiap saat.

Festival 11.11 adalah 18 kali lebih besar daripada Amazon Prime Day dan 2.5 kali lebih besar berbanding acara Black Friday dan Cuber Monday walaupun selepas digabungkan.

Sejak dilancarkan pada 2009, festival Single's Day ini telah menjadi acara membeli belah dalam talian yang terbesar dan paling ditunggu-tunggu di dunia.-- Bernama


Jack Ma, Alibaba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain