suria

PropertyGuru Kongsi Panduan Pasaran Hartanah Terkini

KUALA LUMPUR: Laman web hartanah terkemuka, PropertyGuru, berkongsi panduan dengan pembeli rumah agar mereka sentiasa mengetahui perkembangan terkini berkenaan pelancaran hartanah yang termasuk mengunjungi laman webnya.

Dalam kenyataannya pada Rabu, PropertyGuru berkata, mereka yang sedang mencari hartanah baharu, seeloknya mengunjungi laman webnya www.propertyguru.com.my.

"Laman web tersebut akan memberi maklumat tentang semua projek terkini di pasaran dan semua lokasi yang laris dijual.

"Ia juga akan memasukkan butiran tentang projek berkenaan, ulasan dan analisis lokasi, harga dan potensinya pada masa hadapan," kata syarikat itu.

Menurut PropertyGuru, pengguna juga berpeluang untuk memenangi wang tunai  RM10,000 jika mereka menceritakan kisah menarik tentang pengalaman membeli rumah buat kali pertama.

Selain itu, PropertyGuru berkata, pembeli rumah harus mewujudkan hubungan dengan pemaju, mengunjungi Facebook kumpulan hartanah dan menjadi pengikut banyak laman web pemaju agar mereka mengetahui perkembangan terkini syarikat tersebut.

Ia juga mencadangkan agar pembeli rumah mengguna Wikimapia, peta dalam talian untuk melihat kawasan dan mencari hartanah baharu atau tanah kosong. - BERNAMA

PropertyGuru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain