suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Ke Istanbul Tahun Hadapan

Tan Sri Dr Tony Fernandes
KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan mengadakan penerbangan ke Istanbul, Turki, dari Kuala Lumpur, tahun hadapan melalui anak syarikat perjalanan jarak jauh, AirAsia X Bhd.

"Kami akan ke Istanbul pada 2017. Itu adalah satu daripada tarikan utama," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Dr Tony Fernandes dalam catatan terbaru Facebook beliau Khamis.

Hari ini syarikat penerbangan tersebut mengumumkan pesawat A320Neo pertamanya yang ditempah di Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough baru-baru ini.

Pada Julai, AirAsia menandatangani pesanan muktamad dengan Airbus bagi pembelian 100 pesawat A321neo, menjadikan jumlah pesanan untuk kumpulan pesawat A320 kepada 575 pesawat.

Fernandes berkata AirAsia X juga akan mengadakan semula penerbangannya ke London pada 2018.

"Kami tidak akan ke Lapangan Terbang Heathrow. Kami akan ke Gatwick pada penghujung 2018," kata Fernandes.

Syarikat penerbangan itu memberhentikan semua penerbangan ke Eropah, termasuk London dan Paris, pada Mac 2012, susulan kos operasi yang tinggi.

Laluan Kuala Lumpur dan London telah dilancarkan oleh AirAsia X pada Mac 2009.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain