suria

SIDC Lantik Sharifatul Hanizah Sebagai CEO

Sharifatul Hanizah

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) cabang latihan dan pembangunan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melantik Sharifatul Hanizah Said Ali sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO).

Sebelum menyertai SIDC, Sharifatul Hanizah merupakan CEO Muamalat Invest Sdn Bhd, yang mana sepanjang tempoh empat tahun perkhidmatannya beliau berjaya membantu syarikat itu mencatatkan kenaikan aset di bawah pengurusannya sebanyak dua puluh kali ganda daripada RM120 juta kepada RM3 bilion, kata SIDC dalam satu kenyataan, Isnin.

"Beliau membawa bersamanya pengalaman luas beliau dalam lembaga pengarah, memandangkan pernah menduduki lembaga pengarah syarikat senaraian awam dan swasta di bursa sebagai Pengarah Penama bagi Permodalan Nasional Bhd dan RHB Investment Management Sdn Bhd.

"Beliau akan menerajui inisiatif pembangunan profesional SIDC di barisan hadapan bagi bahagian pembelajaran dan pembangunan pasaran modal, dalam menyokong objektif pembangunan negara untuk meningkatkan standard peserta pasaran dan mengembangkan pasaran modal Malaysia," kata SIDC. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

AirAsia Ke Istanbul Tahun Hadapan

Artikel Lain