suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Sasar Tambah Tiga Juta Penumpang Ke Langkawi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, bergambar bersama Penerbangan sulung pesawat AirAsia dari Guangzhou ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) pada Ahad.

LANGKAWI: AirAsia menyasar untuk membawa tiga juta lagi penumpang ke Langkawi dalam tempoh lima tahun akan datang, susulan permintaan berpotensi bagi destinasi pelancongan terkenal itu.

Pada 2015, AirAsia membawa sebanyak 1.6 juta penumpang bagi laluan Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes berkata untuk mencapai sasaran tersebut, syarikat sedang meneliti lebih banyak laluan antarabangsa dari dan ke Langkawi, termasuk Hong Kong, Jakarta dan Shanghai.

AirAsia meraikan penerbangan sulung dari Guangzhou, China ke Langkawi di Kompleks Lang Merah, Lapangan Antarabangsa Langkawi, di sini, Ahad.

Semasa Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi pada Mac tahun lepas, syarikat penerbangan tambang rendah itu mengumumkan Langkawi akan menjadi hab antarabangsa terbarunya.

AirAsia, Langkawi

Artikel Lain