suria

Syarikat Turki Pindahkan Fasiliti Pengeluaran Ke Malaysia Akhir 2016

KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluaran bahan kimia bersepadu Turki, Evyap Holdings AS, merancang untuk memindahkan fasiliti pengeluarannya ke Malaysia menjelang hujung tahun.

Naib Presiden kepada anak syarikatnya di negara ini, Evyap Sabun Malaysia Sdn Bhd, Dr Martin Rudolph berkata kilang sedia ada di Tanjung Langsat, Johor, akan menampung kemudahan pengeluaran dari Turki.

Beliau ketika bercakap kepada pemberita di sini, Khamis memberitahu fasiliti di Johor itu akan menjadi hab serantau bagi pengeluaran sabun mandi untuk pasaran eksport antarabangsa.

Pemindahan pengeluaran di Malaysia itu akan bakal mengurangkan kos pengeluaran syarikat itu.

Fasiliti pengeluaran Johor yang memulakan operasi pada 2014, mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 350,000 setan metrik bahan kimia setahun seperti sabun (150,000 setan metrik setahun), asid lemak (175,000 setan metrik setahun) dan gliserin (25,000 setan metrik).-- Bernama


Evyap Holding, Turki

Artikel Lain