suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bank Rakyat Sasar 100,000 Muat Turun Aplikasi TouchStyle V2

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menyasar lebih 100,000 muat turun telefon pintar bagi TouchStyle V2, versi terkini aplikasi pengurusan kewangan yang dibangunkannya dan mula diperkenal, Rabu.

Menurut bank berkenaan, versi baharu itu akan memudahkan pengguna mendapatkan maklumat terkini tentang produk dan perkhidmatannya dengan hanya satu sentuhan tanpa perlu ke kaunter-kaunter Bank Rakyat.

"Pengguna pertama kali akan dibawa terus ke laman Tetapan bagi memulakan pengurusan kewangan dan akan diberikan tutorial tentang cara penggunaannya serta fungsi setiap ciri di dalamnya," kata bank dalam satu kenyataan. 

"Tetapan TouchStyle V2 juga lebih dinamik kerana pengguna boleh mengubah suai jumlah pendapatan mengikut kategori, mata wang serta tarikh yang diinginkan," katanya.-- Bernama



Bank Rakyat, TouchStyle V2

Artikel Lain