suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kwasa Land Beri Projek Infrastruktur RM127 Juta Kepada WCT Holdings

KUALA LUMPUR: Kwasa Land Sdn Bhd, pemaju induk Kwasa Damansara, memberikan projek kerja-kerja infrastruktur utamanya bernilai RM127 juta kepada WCT Holdings Bhd.

Katanya, kontrak bagi pembinaan infrastruktur biasa di perbandaran Kwasa Damansara itu akan siap dalam tempoh 104 minggu sejajar dengan jangkaan pembangunan pusat bandar MX-1 (pusat bandar utama).

Kwasa Land berkata, kontrak itu termasuk pembersihan dan penyediaan tapak,  kerja-kerja tanah, perbaikan jalan, kerja-kerja saliran, retikulasi pembetungan dan rawatan pembetungan serta retikulasi air.

"Di bawah kontrak itu, WCT Holdings perlu memberikan 35 peratus daripada jumlah kerja-kerja tersebut kepada sub-kontraktor Bumiputera," katanya dalam kenyataan Selasa.

Kwasa Land berkata, projek tersebut adalah antara projek infrastruktur lain yang akan diumumkan dalam tempoh lima tahun akan datang bagi pembangunan perbandaran Kwasa Damansara seluas 942.92 hektar.

"Seramai 20 kontraktor pra-layak untuk bidaan bagi melaksanakan kerja-kerja infrastruktur untuk perbandaran itu.

"Pada masa akan datang, Kwasa Land dijangka menawarkan tender Pakej 1B dan 1C pada November 2015," kata Pengarah Urusan Kwasa Land Datuk Mohd Lotfy Mohd Noh.

Kwasa Damansara, yang terletak di sekitar Kota Damansara dan Petaling Jaya, terdiri daripada kediaman bercampur, komersial, rekreasi, pembangunan institusi dan pendidikan. -- Bernama

Kwasa Land, MX-1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain