suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TNB Penuhi Syarat Pegangan Saham 50 Peratus Dalam Tawaran Semula Integrax

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini memiliki lebih daripada 50 peratus pegangan dalam Integrax Bhd, sekali gus memenuhi syarat yang ditetapkan dalam tawaran semulanya untuk membeli baki semua saham biasa dalam pengendali pelabuhan Lumut itu pada harga RM3.25 sesaham.

Pada 5 petang Isnin, pemegangan saham TNB dalam Integrax berjumlah 152.87 juta saham atau 50.82 peratus termasuk penerimaan sah berkenaan dengan tawaran semula itu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin, TNB berkata dengan syarat-syarat itu dipenuhi, tawaran pengambilalihan bersyarat telah menjadi tidak bersyarat.

Syarikat tersebut berkata tawaran semula itu terbuka sehingga pukul 5 petang pada 13 April dan tarikh tutup itu tidak akan dilanjutkan. -- Bernama

TNB, Integrax, saham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain