Mydin Tanggung Kos GST RM15 Juta - Niaga | mStar

Mydin Tanggung Kos GST RM15 Juta

SUBANG: Mydin Mohamed Holdings Bhd akan menyerap kos Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) sebanyak RM15 juta daripada keuntungan bulanan pasar rayanya yang dianggarkan mencecah RM300 juta bagi membantu  pengguna berdepan pelaksanaan cukai itu yang bermula esok (Rabu).

Malah, kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin, menerusi perbincangan dengan pembekal, sebanyak 1,500 daripada 3,000 pembekal Mydin telah bersetuju untuk turut menanggung kos CBP berkenaan.

Menurutnya, Mydin menganggarkan akan menanggung kos sebanyak dua peratus daripada RM15 juta tersebut, diikuti dengan pembekal sebanyak dua peratus serta kebenaran menuntut kembali cukai daripada kerajaan, juga sebanyak dua peratus.

"Kita masih belum dapat menentukan secara tepat jumlah peratusan yang akan ditanggung tetapi ianya di antara dua hingga empat peratus.

"Kebanyakan pembekal yang bersetuju adalah pembekal tempatan kerana mereka memahami sentimen yang mempengaruhi jualan dan pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas lawatan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke Pasaraya Mydin USJ, di Subang Jaya dekat sini, Isnin.

Ameer berkata pembekal tempatan turut memberi kerjasama baik membantu Mydin dalam mengekalkan harga barangan.

Sikap itu katanya, berbeza dengan syarikat berstatus multinasional yang didakwanya lebih menumpukan keuntungan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan agar terus menggesa syarikat berkaitan memberi kerjasama lebih baik membantu rakyat menghadapi CBP serta kos sara hidup yang tinggi.

Mengulas harga barangan, Ameer menegaskan faktor itu dipengaruhi oleh harga bahan mentah dunia dan pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya memberi jaminan tempoh harga barangan akan turun atau dinaikkan.

"Ia dipengaruhi oleh harga komoditi. Sebagai contoh harga koko telah jatuh sebanyak lima peratus, oleh itu harga barang makanan berasaskan koko tidak tidak sepatutnya naik," katanya.

Beliau turut menasihati pengguna agar bijak dan lebih peka dengan situasi semasa dan berani menyoal jika mendapati harga sesuatu barangan itu mahal.

Selaras pelaksanaan CBP mulai esok, Mydin telah melancarkan kempen 'Gerenti Semua Mydin Tanggung, Harga Tak Naik!' di seluruh 260 cawangannya di seluruh negara.

Sementara itu, Ahmad Maslan berkata Kementerian Kewangan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan akan terus memantau pelaksanaan CBP secara berterusan.

"Saya akan terus memantau kedai -kedai supaya mereka melaksanakan CBP dengan cara yang betul. Malah mulai esok seramai 13,000 pegawai kastam akan melakukan lawatan ke premis-premis," katanya kepada pemberita.

GST , Mydin

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.