suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Avis Peruntuk RM24 Juta Ganti Kenderaan

KUALA LUMPUR: Peneraju industri bagi segmen perniagaan kereta sewa, DRB-Hicom EZ-Drive Sdn Bhd, memperuntukkan lebih RM24 juta bagi pelan penstrukturan semula sistem pengurusan kenderaannya.

DRB-Hicom EZ-Drive adalah pemegang francais Avis Rent A Car (Avis) yang juga di bawah DRB-Hicom Group.

Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, Avis berkata, pelan itu akan turut melibatkan penggunaan model terbaharu pelbagai jenis kereta.

"Avis akan mengukuhkan kecemerlangannya dan kekal berdaya tahan untuk meraih pasaran lebih meluas di Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif EON Bhd, Datuk Hisham Othman.

Bagi fasa pertama, DRB-Hicom EZ-Drive akan membeli 130 kereta baharu Proton bagi menggantikan model lamanya.

Strategi perluasan itu turut merangkumi pembukaan lapan stesen baharunya di serata negara dalam masa lima tahun akan datang.

Avis mempunyai tujuh premis iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2, Kuala Lumpur Downtown, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Antarabangsa Kuantan, Johor Baharu dan Holiday Inn Melaka.

Avis, DRB-Hicom Group, kereta sewa

Artikel Lain