suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengedar Perodua Mohon Luluskan Tuntutan 10 Peratus Cukai Jalan

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengedar Perodua meminta kerajaan membenarkan anggotanya untuk menuntut 10 peratus cukai jualan ke atas invois yang dikeluarkan sebelum perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2015.

Presidennya, Wan Kamal Wan Ismail dalam satu kenyataan, berkata sekarang ini semua kenderaan baharu dikenakan cukai 10 peratus dan ini akan diganti dengan GST sebanyak enam peratus selepas 1 April.

"Ini bermakna stok yang tidak dijual, di mana cukai jualan 10 peratus sudah dibayar, akan dikenakan lagi tambahan enam peratus GST selepas 1 April.

"Setiap pengedar akan rugi secara purata sebanyak RM230,000 akibat dua kali cukai selepas 1 April," katanya.

Wan Kamal berkata, pengedar Perodua kebanyakannya terdiri daripada syarikat bersaiz sederhana dan kerugian ini akan memberikan kesan yang besar ke atas perniagaan mereka, terutamanya dari segi aliran tunai dan keuntungan. -- Bernama

Perodua, Wan Kamal Wan Ismail, GST

Artikel Lain