suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UTM, BMW Meterai MoU Pembangunan Akademik, Industri

Alan Harris (tiga dari kiri) dan Prof Dr Rose Alinda (dua dari kanan) bertukar dokumen di majlis menandatangani MoU di UTM, Johor Baru, Isnin.

JOHOR BARU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BMW Asia Technology Centre Sdn Bhd bagi menjalin kerjasama berkaitan pembangunan akademik dan pengajaran industri.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Rose Alinda Alias berkata, perjanjian berkenaan bakal memberi peluang kepada pelajar dan staf UTM menjalani kursus berkaitan logistik dan pengurusan rantaian bekalan di BMW Asia Technology Centre di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini.

"Pelajar dan staf yang berumur bawah 40 tahun mendapat keistimewaan di mana mereka berpeluang menghadiri kursus di BMW Asia Technology Centre selama dua hari hingga seminggu," katanya selepas majlis menandatangani perjanjian berkenaan, di UTM, Isnin.

Rose Alinda menandatangi MoU tersebut bagi pihak UTM manakala Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris mewakili BMW Asia Technology Centre Sdn Bhd untuk menjalin kerjasama selama tiga tahun.

Rose Alinda berkata, menerusi perjanjian tersebut, pihaknya juga boleh menghantar pelajar menjalani latihan industri dengan syarikat terbabit yang sekali gus mengukuhkan hubungan dua hala antara pihak universiti dan industri.

UTM, BMW, Rose Alinda Alias, Alan Harris

Artikel Lain