suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Untung Sebelum Cukai Suku-3 Bcorp Naik Kepada RM1.13 Bilion

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Berjaya Corp Bhd (BCorp) bagi suku ketiga yang berakhir pada 31 Januari, 2015, meningkat kepada RM1.13 bilion daripada RM162.91 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. 

Hasil, bagaimanapun, turun kepada RM2.21 bilion daripada RM2.37 bilion sebelumnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, BCorp berkata, kenaikan keuntungan itu adalah hasil daripada keuntungan bagi penilaian semula RM837.18 juta dan penjualan unitnya, Berjaya Auto Bhd (BAuto), sebanyak RM157.54 juta.

Penurunan hasil itu adalah disebabkan pemisahan penggabungan BAuto berkuat kuasa 1 Disember tahun lepas, serta segmen pembangunan dan pelaburan hartanahnya apabila ia mencatatkan kemajuan pembilan yang rendah.

"Mengenai prospek masa depan, memandangkan prospek ekonomi sekarang, kumpulan menjangkakan prestasi operasi yang memuaskan," kata syarikat itu. 

Sementara itu, saham BCorp digantung daripada dagangan daripada pukul 2.30 petang hingga 5 petang pada Jumaat sementara menunggu pengumuman.  

Saham itu kali terakhir didagangkan tidak berubah pada 44 sen dengan 509,700 saham bertukar tangan.

Berjaya Corp Bhd

Artikel Sebelum

Artikel Lain